Kehidupan awal Ramli bin Ibrahim

Ramli Ibrahim dilahirkan di Kajang, Selangor pada 20 Mei 1953. Ibu dan bapa Ramli Ibrahim ialah Ibrahim Bin Haji Mohmmad Amin, seorang guru sekolah, dan juga Kamariah, seorang setiausaha Pergerakan Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Beliau telah dibesarkan dalam keluarga Islam liberal. Dalam temu bual bersama 'The Hindu' pada 2016 yang beliau juga mendakwa sebagai penyanyi. [1]

Beliau mempelajari bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Australia Barat. Sewaktu beliau berada di sana, beliau telah menyertai dan mempelajari juga di Sekolah Balet Australia di Melbourne. Pada masa yang sama, beliau telah bertemu dengan Chandrabhanu (Zamin Haroon), seorang lagi penari klasik Islam Malaysia dengan menggunakan nama Hindu iaitu Chandrabhanu. Beliau yang belajar Bharadhanatyam di bawah Adyar Lakshman, seorang lagi artis terkenal, yang mengajar beliau dalam bentuk seni. Kemudian, beliau berpindah ke Chennai untuk belajar di bawah Lakshman. Beliau diajari bersama penari terkenal lain seperti Radha Anjali dan Swapnasundari. [1]

Ia di bawah guru Odissi yang terkenal, Deba Prasad Das, yang menetap di New Delhi dan Ramli Ibrahim mula mempelajari Odissi. [2]